Program Ramah Mesra Pengurus Besar Bersama Masyarakat Orang Asli RPS Kuala Betis dan Pos Hendrop

Gua Musang, 29 Oktober 2022 – Program Ramah Mesra Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bersama Masyarakat Orang Asli RPS Kuala Betis dan Pos Hendrop telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Betis dan Dewan Pos Hendrop.  

Program sebegini diadakan bertujuan mendekati dan menyantuni masyarakat orang asli bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama Pengurusan KESEDAR dan juga masyarakat setempat. Antara pengisian program adalah sukaneka rakyat, acara cabutan bertuah dan persembahan tarian sewang daripada anak-anak Pos Hendrop. 

Program yang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KESEDAR, YABrs. Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey juga turut dihadiri oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadly bin Abd Manaf, Guru Besar SK Kuala Betis, Encik Ramzi bin Ilyah, Pengerusi JPKKOA serta Penghulu-Penghulu Kampung Kuala Betis dan Pos Hendrop.

Pengurusan KESEDAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat orang asli terutamanya di Kuala Betis dan Pos Hendrop kerana menyambut baik hasrat KESEDAR dalam menyantuni mereka.

Accessibility Toolbar