Program Rehabilitasi Komuniti Kejohanan Sepak Penalti Piala Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Jeli, 29 Oktober 2022 – Program Rehabilitasi Komuniti Kejohanan Sepak Penalti Piala Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Tahun 2022 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli/Tanah Merah yang diadakan di Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli.
Program yang disempurnakan oleh En. Mohd Husnifaisal bin Ramli, Pengurus Wilayah Jeli/Tanah Merah mewakili YABrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR ini juga turut dihadiri oleh Ketua Unit, Pengurus Pejabat Operasi dan seluruh warga kerja Wilayah Jeli/Tanah Merah.
Fokus Kejohanan Sepak Penalti Piala Pengurus Besar yang melibatkan 70 pasukan ini adalah untuk mewujudkan semangat, kerjasama dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu tujuan. Menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi ianya dinilai dari segi semangat kesukanan, bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang menang.
Dalam perlawanan ini, Pasukan Jedok FC meraih kejohanan selepas mengalahkan Pasukan Kalai A dengan membawa pulang piala, pingat beserta wang tunai RM2,000.
Terdapat juga acara sisipan seperti cabutan bertuah dan gerai jualan makanan bagi memeriahkan program tersebut.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan pasukan yang bertanding.