Program Rehabilitasi Komuniti Majlis Penyerahan Taman Permainan dan Gelanggang Sepak Takraw

Gua Musang, 6 November 2022 – Program Rehabilitasi Komuniti Majlis Penyerahan Taman Permainan dan Gelanggang Sepak Takraw di bawah Pejabat Wilayah Gua Musang telah diadakan bertempat di Perumahan Banjir Kampung Limau Kasturi. 

Projek yang mula dibina pada 13 Oktober 2022 dan telah siap pada 1 November 2022 dengan kos pembinaan bernilai RM123,250.00 ini memberi manfaat kepada kira-kira 150 orang penduduk kampung di sekitarnya. Disamping itu, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) juga turut memberi sedikit bantuan berupa barangan makanan kepada 44 orang penduduk Perumahan Banjir Kampung Limau Kasturi.   

Majlis yang telah disempurnakan oleh YABrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR juga turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Limau Kasturi, Encik Mohd Shaffien bin Mahmood, Imam Madrasah Al-Ghazali, Encik Muhammad bin Ngah, Wakil Penduduk Perumahan Banjir Kg. Limau Kasturi, Encik Tengku Rafi bin Tengku Mat serta Pengurus Wilayah Gua Musang, Encik Mohd Ramadhan Bin Sulaiman.

Accessibility Toolbar