Program Rehabilitasi Komuniti – “Ride Muhibbah@KESEDAR”
Gua Musang – KESEDAR dengan kerjasama daripada Kelab Rider, Kelab Rider Nenggiri dan Kelab Rider Belia Gua Musang telah menganjurkan Program Ride Muhibbah@KESEDAR pada 5 Mac 2022. Tujuan program konvoi bermotosikal seramai 120 peserta ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara KESEDAR dengan pemimpin masyarakat, generasi muda dan NGO di Wilayah Kelantan Selatan.
Para rider termasuk YB. Hj. Ab. Aziz bin Yusoff ADUN Nenggiri merangkap Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR dan YABrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey Pengurus Besar KESEDAR turut sama menunggang motosikal dari Dataran KESEDAR sehingga ke Gual Ipoh, Tanah Merah seterusnya kembali ke Gua Musang. Pelepasan konvoi disempurnakan dengan pimpinan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Othman bin Saufi, Imam Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra setelah taklimat keselamatan disampaikan oleh Insp. Azman bin A.Radzi, Pegawai Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang.
Konvoi sejauh hampir 300km itu turut diisi dengan penyampaian kit bantuan makanan asas kepada golongan asnaf di 3 tempat persinggahan yang telah ditetapkan iaitu di RNR Kuala Balah, Jeli, Kg Gual Ipoh, Tanah Merah dan di Masjid Sultan Ahmad, RKT Paloh 2, Gua Musang.
Program ini turut melibatkan En. Mohd Fauzi bin Mohd mewakili ADUN Kuala Balah, YB. Bakri @ Mohd Bakri bin Mustapha, ADUN Gual Ipoh dan YB. Amran bin Arifin, ADUN Paloh dalam penyampaian kit bantuan kepada asnaf.