Program TVET@KESEDAR : Lawatan Ke Kolej KEDA & Akademi Binaan Malaysia (ABM) Utara

KEDAH – KESEDAR buat julung kalinya menghantar 80 orang pelajar lepasan SPM jajahan Gua Musang untuk membuat lawatan sambil belajar di Kolej KEDA dan ABM Utara pada 11 hingga 12 Mei 2022.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih luas kepada para pelajar lepasan SPM mengenai peluang pendidikan, latihan, kemahiran dan kerjaya melalui pelaksanaan program Pendidikan TVET. Pogram ini juga untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran yang mampu memenuhi pasaran kerja di negara ini.

Justeru itu, program TVET@KESEDAR tahun 2022 menyediakan beberapa kursus teknikal seperti Kursus Plumbing (Building & Sanitary Fitting), Welding 3G, Gas Pipe Fitting, pembuatan kek & pastri dan jahitan pakaian. Kesemua kursus ini melibatkan kos lebih RM 500,000.00 dan akan memberi manfaat kepada 100 belia dan beliawanis di Wilayah Kelantan Selatan sebagai permulaan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YABrs. Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. Turut hadir dalam program tersebut En. Mohd Faizol Ash’ari, SISC+ TVET PPD Gua Musang dan En. Mohd Fadhly Ab Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat.