Rehabilitasi KESEDAR : Sumbangan Bakul Makanan & Imarah Masjid
GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus menyemarakkan bulan Ramadan kali ini dengan memberi sumbangan bakul makanan kepada 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sungai Asap pada 17 April lalu yang diadakan di Masjid RKT Sungai Asap B.
Bantuan tersebut disampaikan oleh YB. Tuan Haji Ab. Aziz Yusof, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nenggiri. Sumbangan berupa bakul makanan tersebut diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa. Program bersama masyarakat yang dihadiri bersama YABrs Dr Shahir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR itu diteruskan dengan solat berjemaah dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha KESEDAR mengimarahkan masjid dalam wilayah Kelantan Selatan.
Program turun padang Pengurus Besar KESEDAR secara berjadual itu turut dihadiri oleh En Fadhly Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan En Wan Mohd Afzainizam Wan Abdul Latif, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian.