Selamat Hari Guru: KESEDAR Terhutang Budi Kepada Anda Semua
Gua Musang- KESEDAR diwakili Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, melakukan lawatan singkat ke 10 buah sekolah menengah di Daerah Gua Musang bagi menyampaikan penghargaan seluruh warga organisasi ini kepada pendidik sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2022.
Dalam ucapan ringkas kepada pihak sekolah, Pengurus Besar menzahirkan rasa terhutang budi atas jasa bakti para guru kepada seluruh masyarakat di Wilayah Kelantan Selatan khususnya kepada warga KESEDAR. Beliau menginsafi betapa pentingnya peranan institusi pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersahsiah dan berilmu. Dr. Shahrir berharap hubungan baik antara KESEDAR dan pihak sekolah dapat dipertingkatkan demi pembangunan modal insan yang seiring dengan pembangunan infrastuktur di Wilayah KESEDAR.
Pengurus Besar turut menyampaikan cenderahati kepada sekolah terbabit sebagai simbolik tanda menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik mencurahkan ilmu kepada belia dan beliawanis di Wilayah Kelantan Selatan. Antara sekolah yang terlibat ialah Sek. Men. Tengku Bendahara, Sek. Men. Tengku Indra Petra, Sek. Men Tengku Indra Petra 2, Sek. Men. Sri Wangi, Sek. Men. Sains Gua Musang, Sek. Men Paloh, Sek. Men. Panggung Jaya, Sek. Men. Bandar Chiku, Sek. Men. Bandar Chiku 2.
Pengurus Besar turut memenuhi jemputan memeriahkan Majlis Hari Raya di Sek. Men. Sg. Asap, Sek. Men. Paloh dan Sek. Men. Chiku. Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah En. Mohd Fadhly bin Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan beberapa orang pegawai KESEDAR.