Bengkel Asas Perakaunan Dan Strategi Pemasaran Digital, Bantu Usahawan Kuasai Pasaran Digital

Lebih 40 peserta yang terdiri daripada golongan usahawan mengikuti Bengkel Asas Perakaunan Dan Strategi Pemasaran Digital yang diadakan selama dua hari di Dewan Nuri, Kesedar Hotel Travel and Tours Sdn Bhd.

Bengkel ini diadakan bagi memberi ilmu dan pendedahan kepada usahawan untuk melaksanakan perniagaan menggunakan platform digital dan media massa sekaligus memberi peluang kepada usahawan KESEDAR memahami beberapa strategi untuk menguasai saluran pemasaran secara digital.

Bengkel ini juga dapat membantu usahawan memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan ke arah meningkatkan tahap kecekapan dalam pengeluaran produk serta pengendalian kewangan perniagaan.

Bengkel ini dirasmikan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Haji Othman.

Dalam ucapannya, Datuk Haji Zawawi turut berharap agar KESEDAR dapat melahirkan usahawan-usahawan yang mempunyai ilmu dalam perniagaan melalui platform digital justeru dapat membantu usahawan untuk memperluaskan lagi pasaran jualan ke peringkat lebih tinggi.

Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh dan Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Pelaksanaan bengkel ini melibatkan usahawan daripada dua program di bawah Bahagian Ekonomi dan Pelaburan KESEDAR iaitu Program Industri Kotej Bersepadu KESEDAR 2023 dan Program Integpreneur Belia KESEDAR 2023.

Accessibility Toolbar