Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan Bengkel Retreat Bajet KESEDAR 2024, yang bertempat di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 13 hingga 15 Disember 2023 itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh, Pengarah JKR KESEDAR, Ir. Ramendra Loganathan dan Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.