Hari Bersama KESEDAR Peringkat Wilayah Kuala Krai

Program Hari Bersama KESEDAR yang berlangsung selama 2 hari dimeriahkan dengan acara sukaneka, cabutan bertuah, persembahan dikir barat, funride, booth jualan usahawan KESEDAR dan pelbagai booth pameran agensi.

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zawawi bin Othman selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Turut hadir bersama menyempurnakan program ini adalah Pengurus Besar KESEDAR, Dr Shahrir bin Mohammad Zakey, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan,Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Puan Hajah Norlidasaidi binti Awang Teh serta barisan Pengurus Bahagian/Wilayah, Pengurus Anak Syarikat dan Ketua Unit dan pegawai KESEDAR.

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh pejabat KESEDAR Wilayah Kuala Krai bagi menyantuni penduduk dan memupuk semangat muhibbah antara penjawat KESEDAR dan penduduk sekitar wilayah Kuala Krai. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada penduduk Kuala Krai berikteraksi secara terus dengan pihak KESEDAR di samping mendapatkan maklumat seperti kaedah/cara permohonan bantuan yang disediakan oleh KESEDAR serta maklumat-maklumat penting berkaitan agensi di booth pameran yang disediakan.

Accessibility Toolbar