Kelab Keluarga KESEDAR Terus Dipacu Hebat

Melebihi empat dekad penubuhan, Kelab Keluarga KESEDAR (3K) terus komited dalam memastikan objektif penubuhan kelab tercapai dengan jayanya.

Bukan sahaja dalam penganjuran program dan sukan, malah aktiviti sosial dan kebajikan di kalangan kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) turut menjadi keutamaan 3K.

Antara jenis-jenis sumbangan yang disalurkan oleh 3K ialah sumbangan pendidikan, kemasukan ke IPT, bersalin, masuk hospital, penyakit kritikal, perkahwinan, kematian dan pencen.

Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh berkata, 3K membuktikan kemampuan menguruskan program berskala besar apabila berjaya menganjurkan sukan berbasikal lasak, KESEDAR Jamboree pada tahun lalu dengan lebih 1,000 penyertaan seluruh Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Perasmian Mesyuarat Agung 3K kali ke-24 di Dewan Dato’ Ariffin Said, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Dalam pada itu, beliau berharap agar semangat kerjasama, toleransi dan hormat menghormati akan terus disemat dalam jiwa warga KESEDAR.

Accessibility Toolbar