KESEDAR Tuan Rumah MAKSPEN 2025

Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya 2023 yang bermula pada 19 Oktober 2023 telah menutup tirainya pada 22 Oktober lalu.

Pada penganjuran kali ini, MAKSPEN mempertaruhkan 14 acara sekaligus menyaksikan 15 kontinjen termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) berentap merebut gelaran juara.

KESEDAR telah menyertai tujuh acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan Mobile Legends, Bola Tampar, Batu Seremban, Badminton, Merentas Desa, Karom dan Golf.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tahniah diucapkan kepada pasukan RISDA yang berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan MAKSPEN XIV Putrajaya 2023.

Dalam pada itu, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, turut menerima penyerahan bendera sebagai simbolik penganjuran MAKSPEN untuk tahun seterusnya.

Accessibility Toolbar