Majlis Penutup Program Attachment Penjawat Baharu KESEDAR

Gua Musang, 15 Januari 2023 – Majlis Penutup Program Attachment Penjawat Baharu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah diadakan bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said. Seramai 18 orang penjawat baharu yang telah dilantik menjadi sebahagian daripada warga kerja KESEDAR.   

Program ini telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. Beliau menegaskan agar seluruh warga KESEDAR terutama penjawat baharu untuk mendukung prinsip mengutamakan integriti demi memberi perkhidmatan yang terbaik dengan sedaya upaya kepada kumpulan sasar khususnya di Wilayah Kelantan Selatan. Beliau juga berkata, Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang perlu ada pada diri seseorang individu dan organisasi yang berkait rapat dengan isu-isu etika dan nilai murni.  

Dalam ucapan beliau juga menasihatkan semua warga kerja KESEDAR khususnya warga kerja baharu supaya memanfaatkan penggunaan teknologi agar KESEDAR kekal relevan, berdigitalisasi, berdaya saing dan terus menerus memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk penduduk di Wilayah Kelantan Selatan.     

Turut hadir dalam program ini adalah, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh, serta Pegawai-pegawai KESEDAR.

Tahniah diucapkan kepada semua penjawat baharu KESEDAR.

Accessibility Toolbar