Memerai ikan dalam kata lainnya adalah aktiviti mengepung ikan secara tradisional dengan menggunakan batang pisang hutan, buluh runcing dan jala. Ini merupakan acara tahunan penduduk Kampung Kubur Datu.
Pada tahun ini, Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir Mohammad Zakey mengambil peluang untuk turun sendiri bersama orang kampung bagi memerai ikan sejauh 3 km. Acara yang meriah ini turut dihadiri oleh Pengurus Wilayah Jeli Tanah Merah, Encik Ramadhan bin Sulaiman dan pegawai-pegawai KESEDAR.
Beliau dalam ucapannya berharap acara seperti ini dapat dilaksanakan lagi bersama penduduk kampung agar ikatan mesra antara KESEDAR dapat diutuhkan lagi.