Misi Konvoi Kembara Muhibah Merdeka Ke-66 Ke Pos Gob, Gua Musang
Gua Musang, 31 Ogos 2023 – Telah berlangsung dengan jayanya pelepasan Program Konvoi Kembara Muhibah Merdeka ke-66 anjuran Kelab 4×4 Tanah Merah, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Sebanyak 40 kenderaan 4×4 dengan 150 penggemar sukan lasak 4×4 telah disantuni oleh YBhg. Datuk Zawawi b. Othman, Pengerusi KESEDAR dan YBrs. Tn. Hj. W. Muhd. Rahimi b. Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR.
Program yang bermatlamat memupuk semangat patriotisme, meningkatkan kemahiran pengendalian kenderaan 4×4 dalam kalangan peserta, terutamanya semasa misi bantuan bencana seperti banjir, serta mempromosikan produk pelancongan semulajadi yang memukau di wilayah Kelantan Selatan.
Program Kembara Muhibah Merdeka ini juga dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada Negara selain dapat memperkukuhkan perpaduan dan penyatuan komuniti tempatan termasuk masyarakat Orang Asli.