Persembahan Gasing Terbang, Dikir Barat Dan Wau Sobek Terus Tarik Perhatian Pengunjung
Memasuki hari keempat Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya 2023, persembahan dan pameran tradisi masyarakat Melayu Kelantan yang dibawakan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus menarik perhatian pengunjung.
Malah, penganjuran kali ini juga turut merekodkan lebih 700,000 pengunjung telah membanjiri karnival ini bermula Rabu lalu bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.
Dalam pada itu, Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Haji Othman, tidak ketinggalan dalam meluangkan masa bersama-sama sekaligus memberi sokongan pada penganjuran kali ini.
Malah, beliau cukup tertarik dengan persembahan gasing terbang, dikir barat dan wau sobek yang diperhebatkan oleh Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan.
Kunjungan beliau turut diiringi Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.