Tahniah KESEDAR FC!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak KESEDAR FC, yang telah berjaya merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) Tahun 2023 bagi acara Bola Sepak 9 sebelah.

Ini merupakan kejuaraan sulung KESEDAR sepanjang menyertai SUKANUN.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Perlis, menyaksikan KESEDAR FC berjaya menundukkan pasukan MBSA FC dalam perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas saingan akhir terikat 0-0.

Menerusi SUKANUN 2023, sebanyak 35 pasukan bola sepak telah memberikan saingan sengit dan kompetitif bagi merebut piala berprestij ini.

Dalam pada itu, kejohanan ini juga menyaksikan sebanyak 59 kontinjen badan berkanun dari seluruh negara beraksi dalam 19 jenis acara sukan yang bermula dari 4 hingga 9 September 2023.

Accessibility Toolbar