Taklimat Khas & Perjumpaan Pengerusi Kesedar Bersama Pegawai P&P Kesedar

Satu Perjumpaan & Taklimat Khas Pengerusi KESEDAR Bersama Pegawai-Pegawai P&P KESEDAR telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat KESEDAR pada 20 Jun 2023.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan secara langsung kepada Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi bin Othman mengenai hala tuju serta perancangan pembangunan KESEDAR. Beliau turut berkesempatan beramah mesra dan memberi amanat kepada seluruh pegawai P&P berkenaan pengurusan dan tadbir urus agensi.

Semoga amanat yang disampaikan oleh beliau dapat menjadi anjakan paradigma kepada semua pegawai Pengurusan & Profesional dalam menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.

Accessibility Toolbar