Bengkel Pengenalan Dan Kick Off Penyediaan Laporan Penilaian Outcome Tahun 2024
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan Bengkel Pengenalan dan Kick Off Penyediaan Laporan Penilaian Outcome Tahun 2024 di Dewan Nuri, Kesedar Hotel Travel & Tours Sdn Bhd.
Bengkel yang diadakan selama dua hari bermula 8 hingga 9 September 2024 itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Ia diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang Kajian Penilaian Outcome yang merupakan salah satu kaedah untuk mengukur prestasi dan pencapaian projek pembangunan KESEDAR.
Selain itu, ia dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah yang digunakan untuk membuat kajian serta membantu peserta dalam menyediakan laporan yang lebih komprehensif seperti Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012 yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 19 Oktober 2012.
Bengkel ini disertai 27 kakitangan KESEDAR dari Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, Bahagian Pembangunan Pertanian, Bahagian Pembangunan Masyarakat, Bahagian Hartanah, Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan, Bahagian Perancangan Strategik, Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli/Tanah Merah.