Bengkel Penilaian Semula Pelan Strategik KESEDAR 2022-2026 Dan Penyediaan Dokumen Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas (RMKE-13)

Bengkel Penilaian Semula Pelan Strategik KESEDAR 2022-2026 dan Penyediaan Dokumen Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas (RMKE-13) telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Genting Highland, Pahang.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula 9 Julai lalu itu dirasmikan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Othman dan dihadiri barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR.

Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi W Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Accessibility Toolbar