Bengkel Penyelarasan Cadangan Senarai Permohonan Program / Projek Pembangunan Rolling Plan 5 Tahun 2025 (RP5) KESEDAR
Pengurusan tertinggi, pegawai pengurusan dan profesional serta pengurus pejabat operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menghadiri Bengkel Penyelarasan Cadangan Senarai Permohonan Program/Projek Pembangunan Rolling Plan 5 Tahun 2025 (RP5) Rancangan Malaysia Ke 12( RMKE-12) KESEDAR.
Bengkel yang diadakan pada 28 dan 29 Januari 2024 di Kesedar Hotel Travel & Tour Sdn Bhd (KHTTSB) itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Bengkel ini bertujuan untuk memastikan program atau projek adalah selaras dengan matlamat dan objektif negara, kementerian serta agensi.
Selain itu, ia juga berperanan bagi memastikan program atau projek pembangunan menyokong dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang yang telah ditetapkan dengan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, sosial, dan alam sekitar.