“Jaga Maklumat, Rahsia Sulit Jabatan”

Seramai 72 kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) mengikuti Kursus Keselamatan Perlindungan Untuk Pegawai KESEDAR bertempat di Dewan Merak, Kesedar Hotel Travel and Tours Sdn Bhd (KHTTSB).

Kursus yang diadakan selama dua hari bermula 1 Julai 2024 itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan serta kefahaman tentang pengurusan keselamatan perlindungan dari perspektif arahan keselamatan.

Selain itu, ia juga dapat memberi penjelasan prosedur yang betul, tepat dan jelas berkenaan pengurusan dokumen rahsia rasmi di jabatan kerajaan.

Menurut Tuan Haji W Muhd Rahimi, kursus ini adalah penting bagi memberi pendedahan dan kefahaman mengenai peraturan keselamatan dokumen yang perlu dilaksanakan oleh setiap pegawai.

“Dalam erti kata lain, ia dapat menanam sikap tanggungjawab pegawai dalam mengendalikan dokumen terperingkat sekali gus memberi kesedaran terhadap kesan dan risiko keselamatan ekoran kecuaian pegawai,” katanya.

Accessibility Toolbar