KESEDAR Santuni Peneroka Dalam Program Ziarah Kasih Ramadan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tidak Ketinggalan Dalam Mengimarahkan Bulan Ramadan Menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan Di Kawasan-Kawasan Kesedar.

Malah, Pada Tahun Ini, Program Ziarah Kasih Ramadan Turut Melibatkan Kawasan-Kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (Rkt) Di Kesemua Sembilan Kawasan Di Gua Musang.

Menerusi Program Ini, Pengurus Besar Kesedar, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Turun Menziarahi Peneroka-Peneroka Yang Diuji Masalah Kesihatan, Golongan Asnaf, Ibu Tunggal Dan Juga Orang Kurang Upaya (Oku).

Selain Itu, Beliau Turut Menyampaikan Sumbangan Wang Tunai Dan Bakul Makanan Kepada Kelompok Ini Bagi Membantu Meringankan Beban Mereka Di Bulan Ramadan.

“Program Ziarah Ini Dimulakan Di Rkt Sungai Asap Dan Akan Diteruskan Di Semua Kawasan Rkt. Pelbagai Program Dan Aktiviti Telah Dirancang Dalam Mengimarahkan Bulan Ramadan Ibadah.

“Kita Harap Ia Dapat Mengeratkan Lagi Ukhwah Antara Kesedar Dan Juga Peneroka. Jasa Peneroka Adalah Sangat Besar Untuk Kesedar Dan Kita Memaknainya Dengan Santunan Dan Kunjungan,” Katanya.

Dalam Pada Itu, Beliau Turut Bersama-Sama Dalam Majlis Berbuka Puasa Di Masjid Raudhatul Jannah, Sungai Asap B, Gua Musang.

Turut Hadir, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Encik Wan Mohd Afzainizam Wan Abdul Latif.

Usaha Ini Bukan Sahaja Dapat Menyuntik Semangat Kepada Umat Islam Untuk Menggandakan Amalan, Malah Mengeratkan Ukhuwah Masyarakat Yang Sedia Terjalin.

Accessibility Toolbar