KESEDAR Teruskan Tradisi, 20 Kawah Bubur Asyura Tanda Persepakatan Dan Kebersamaan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) meneruskan tradisi memasak bubur asyura untuk diagihkan kepada semua kakitangan menerusi Program Jom Kacau Bubur Asyura 2024.

Program ini merupakan acara tahunan anjuran Kelab Keluarga KESEDAR (3K) dan Persatuan Wanita KESEDAR (PWK).

Bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR, sebanyak 20 kawah bubur asyura telah dihasilkan oleh semua kakitangan secara bergotong royong selama 12 jam yang mana ia dimulakan seawal jam 3 pagi.

Program ini disertai oleh semua penjawat Ibu Pejabat KESEDAR merangkumi semua bahagian, Pejabat Wilayah Gua Musang, unit, serta Anak Syarikat KESEDAR.

Selain itu, pertandingan menghias bubur asyura juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara ini.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Besar, Tuan Haji W. Muhd Rahimi Wan Salleh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Selain mengeratkan hubungan dan ukhwah antara kakitangan, program ini juga membuktikan bahawa persepakatan antara satu sama lain dalam pasukan atau jabatan.

Pada tahun ini, gabungan Bahagian Hartanah serta Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan menjuarai Pertandingan Menghias Bubur Asyura. Tempat kedua dimenangi oleh Bahagian Kewangan manakala tempat ketiga dimenangi oleh gabungan Bahagian Ekonomi dan Pelaburan serta Unit Audit Dalam. Tahniah diucapkan kepada pemenang!

Accessibility Toolbar