Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan Kursus Pemantapan Integriti kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pegawai Kumpulan Sokongan di Dewan Merak KESEDAR Hotel Travel & Tour Sdn Bhd (KHTTSB).
Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 14 Julai lalu ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan usaha-usaha pemantapan tadbir urus, integriti dan antirasuah di kalangan penjawat KESEDAR.
Ia juga merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan integriti dalam melaksanakan tugas rasmi dan membudayakan integriti dalam segala urusan.
Kursus ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.