Lawatan Tapak Projek Pembangunan Di KESEDAR

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengadakan lawatan ke lapan tapak projek pembangunan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai.

Lawatan itu melibatkan tapak cadangan pembinaan stesen minyak BHP di Taman KESEDAR Putra 2, Projek Medan Selera dan Niaga KESEDAR di Dataran KESEDAR, tapak Projek Pembangunan Coffee Valley di Paloh 4, Pusat Pertumbuhan Desa ( PPD) dan Projek Infrastruktur Sisa Pepejal KSSEDAR di Paloh 2, Tapak Projek Agrotek DESA di Manek Urai, Kuala Krai, Projek Eko pelancongan serta Projek Pembangunan pelancongan di Gua Musang di Taman Etnobotani.

Lawatan ini disertai Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KKDW, Mohammad Hafiz Mohd Shafiai dan Penolong Setiausaha, Aswari Rakawi.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan, Haji E.Samudin Basri.

Lawatan Tapak Projek Pembangunan bersama KKDW ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan status pelaksanaan semasa projek-projek pembangunan di KESEDAR.

Accessibility Toolbar