Program Latihan Membina Sikap (LMS) Siri 3/2024 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah berlangsung dengan jayanya hari ini.
Bertempat di Dataran Q, Ibu Pejabat KESEDAR, seluruh kakitangan menyertai aktiviti-aktiviti yang disusun menerusi program ini.
Selain aktiviti senamrobik, ia turut disertakan dengan Taklimat dan Demonstrasi Kebakaran oleh Pegawai Bomba Cawangan Gua Musang.
Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Puan Yunaiha Ismail turut menyampaikan cenderahati kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai.