Kemeriahan Aidilfitri 2024 diteruskan lagi dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan oleh seluruh warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Tradisi sambutan ini adalah salah satu majlis yang meraikan seluruh warga kerja dan keluarga KESEDAR dalam mengeratkan lagi silaturahim dan ukhwah bersama.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB Mohd Syahbuddin Hashim dan Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Sambutan yang diadakan di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR ini turut menyediakan lebih 10 gerai makanan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini.
Selain itu, Datuk Zawawi juga turut menyantuni serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kakitangan KESEDAR.