Tujuh Peserta Terima Bantuan Mesin Dan Peralatan Program Industri Kotej Bersepadu 2024

Seramai tujuh peserta dari Wilayah Gua Musang dan Bahagian Pembangunan Pertanian telah menerima bantuan perniagaan menerusi Program Industri Kotej Bersepadu 2024.

Majlis penyerahan mesin dan peralatan kepada peserta yang diadakan di Dewan Rahmat Ibu Pejabat KESEDAR itu disempurnakan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Program ini merupakan salah satu bantuan pembangunan keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dan peningkatan pendapatan peniaga-peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara individu dan kecil-kecilan.

Dalam ucapannya, Tuan Haji W Muhd Rahimi turut berpesan agar peserta dapat mengaplikasikan bantuan mesin dan peralatan yang diterima dengan sewajarnya.

Malah beliau turut berharap agar bantuan ini dapat meningkatkan lagi pendapatan peserta dalam industri perniagaan masing-masing.

Accessibility Toolbar