Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr. Shahrir Bin Mohammad Zakey telah melakukan lawatan pemantauan merangkumi kawasan seliaan Pejabat Wilayah Jeli- Tanah Merah. YABrs Pengurus Besar juga meninjau persiapan tapak rumah Puan Noraini Binti Husin di Kampung Wakaf Simen, Tanah Merah, yang menerima bantuan Bina Baharu Rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun 2021.
Turut hadir, Pengurus Wilayah Jeli-Tanah Merah, En.Mohd Husnifaisal B. Ramli dan Penolong Pengurus, En Ahmad Hakimuddin Bin Ramli.
Seterusnya, YABrs Pengurus Besar juga telah berkunjung ke Koperasi Kg Jelawang Bhd bagi melakukan pemantauan Program Desa Lestari Kg Jelawang yang melaksanakan projek eko-pelancongan melibatkan aktiviti sewaan All Terrain Vehicle (ATV) kepada penduduk sekitar dan pelancong luar negeri.
Turut hadir, Penolong Pengurus Wilayah Kuala Krai, En Mohamad Rizuddin Bin Mohd Radzi.