Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Bin Mohammad Zakey telah melakukan lawatan kerja ke RKT Jeram Tekoh dan RKT Sungai Asap bagi memantau prestasi pengurusan ladang-ladang peneroka oleh pihak KESEDAR.
YABrs Pengurus Besar juga turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan berupa 5 bakul makanan untuk diagihkan kepada peneroka bagi meringankan kesukaran hidup pada peneroka berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan diserahkan kepada Ketua Peneroka Jeram Tekoh, En. Fakri Bin Mohamed.
Seterusnya, YABrs Pengurus Besar juga turut meluangkan masa beramah mesra bersama Ketua Peneroka RKT Jeram Tekoh , En. Fakri Bin Mohamed dan Ketua Peneroka RKT Sungai Asap, En. Mohd Zailani Bin Mohd Nor dan kakitangan dikedua-dua pejabat operasi berkenaan.
Turut hadir, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Che Zulkifli Bin Ab Rahman.