Bertempat di Dewan Komuniti KESEDAR, satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 telah berlangsung. Majlis ini bertujuan untuk menghargai khidmat bakti penjawat disamping menjadi motivasi untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada KESEDAR di masa akan datang.
Turut hadir dalam majlis itu adalah YB. Ustaz Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, En. Bahari bin Mohamad Nor, Timb. Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, YB. Ab. Aziz Bin Yusof dan En. Azman bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, dan En. Iskandar Zulkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR.
Seramai 40 penjawat KESEDAR menerima APC dalam satu majlis ringkas yang berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).