13-14 Disember 2020, bertempat di KESEDAR Hotel Travel & Tour Sdn Bhd, Gua Musang telah berlangsung satu Program Retreat anjuran Bahagain Perancangan Strategik KESEDAR. Majlis dirasmikan oleh Ybrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar (D), W. Rahimi bin Wan Salleh dan Timbalan Pengurus Besar (O), Puan Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh.
Objektif program ini adalah untuk menyediakan perancangan stategik bagi perlaksanaan bajet KESEDAR 2021, seterusnya memurnikan dan memuktamadkan senarai projek pembangunan, mewujudkan KPI projek pembangunan 2021 dan seterusnya memberi kefahaman dan pengetahuan kepada semua pegawai KESEDAR berkenaan projek 2021.