Facebook Instagram
en_US English
en_US English ms_MY Bahasa Melayu
faq
Hubungi Kami
Aduan & Maklumbalas
Peta Laman
headerheader
  • RAKYAT
    • Perkhidmatan
      • Statistik Aplikasi Dalam Talian
      • Borang Kaji Selidik
    • Iklan
      • Tender & Sebutharga
      • Senarai Undian Sebutharga
      • Polisi Kerajaan
    • Data Terbuka
    • Program Pembangunan Semasa
      • Prasarana Luar Bandar
      • Pembangunan Belia Luar Bandar
      • Ekonomi
      • Modal Insan
    • Perundangan
      • Akta
      • Pekeliling
    • Galeri
      • Foto
      • Audio
      • Video
    • Berita Dan Peristiwa
      • Berita & Peristiwa
      • Pengumuman
    • Arkib
      • Arkib Berita & Peristiwa
      • Arkib Tender & Sebutharga
    • Pelan 2030
    • Laporan Tahunan
    • Hubungi
      • Jadual Waktu Kaunter
      • Direktori Kakitangan
  • USAHAWAN
    • Iklan
      • Tender & Sebutharga
      • Keputusan tender & Serbutharga
        • Keputusan Tender
        • Keputusan Sebutharga
      • Tawaran Pajakan
    • Muat Turun Borang
    • Perundangan
      • Akta
      • Pekeliling
    • Program Pembangunan Semasa
      • Prasarana Luar Bandar
      • Pembangunan Belia Luar Bandar
      • Ekonomi
      • Modal Insan
    • Usahawan KESEDAR
      • Usahawan Wilayah Gua Musang
      • Usahawan Wilayah Kuala Krai
      • Usahawan Wilayah Jeli
    • Wilayah
      • Kuala Krai
      • Jeli
      • Gua Musang
    • Anak Syarikat Kesedar
      • KESEDAR Perkilangan Sdn.Bhd
      • KESEDAR Dagang Sdn.Bhd
      • KESEDAR HOLDING Sdn.Bhd
      • KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn.Bhd
    • Penerbitan
      • Pelan 2030
      • Dasar Keselamatan ICT
      • Laporan Tahunan
  • WARGA KESEDAR
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Lembaga Pengarah KESEDAR
      • Tonggak Pengurusan
      • Profil Tonggak Pengurusan
        • Pengurus Besar
        • Timbalan Pengurus Besar (D)
        • Timbalan Pengurus Besar (O)
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • MBJ KESEDAR
    • AJK Kelab Keluarga KESEDAR
    • AJK Persatuan Wanita KESEDAR
    • Webmel
    • KESEDAR Online
    • SPP II
    • HRMIS
    • Bahagian
      • Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
      • Perancangan Strategik
      • Teknologi Maklumat
      • Kewangan
      • Pembangunan Masyarakat
      • Pembangunan Pertanian
      • Ekonomi & Pelaburan
      • Unit Undang-Undang
      • Unit Komunikasi Korporat
      • Pemantauan & Penyelarasan
      • Unit Audit Dalaman
      • Unit Integriti
    • Galeri
      • Foto
      • Video
      • Audio
    • Muat Turun Borang
    • Dasar Keselamatan ICT
    • Undang-Undang Kecil Koperasi
  • INFO KESEDAR
    • Profil KESEDAR
      • Latar Belakang
      • Logo
      • Misi & Visi
      • Lagu
      • Fungsi
      • Perjawatan
      • Teras Utama
      • Bidang Tugas
      • Kod Etika
      • Dasar Kualiti
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Wilayah
      • Gua Musang
      • Kuala Krai
      • Jeli
    • Sumber
      • Akta
      • Pekeliling
    • Penginapan
      • KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn.Bhd.
    • Pelancongan Kelantan Selatan
      • Gua Ikan
      • Gus Madu
      • Gunung Stong
      • Kuala Koh
      • Lata Rek
      • Lata Kertas
      • Sungai Mering
      • Sengai Nenggiri
      • Taman Etnobotani
      • Tasik Ketitir
      • Tokong Mek
    • Penerbitan
      • Pelan 2030
      • Dasar Keselamatan ICT
      • Laporan Tahunan
    • Hubungi
      • Jadual Waktu Kaunter
      • Direktori Kakitangan
    • Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan
headerheader
Return to previous page
Home Pelancongan Kelantan Selatan

Gunung Stong

Gunung Stong

Air Terjun Gunung Stong – Kuala Krai

Gunung Setong (Stong)- Gunung Ayam, Dabong, Kelantan.

Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengankutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong.

Dari Dabong pendaki perlu menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang.

Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang.

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.

Terdapat dua lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 1404 dari aras laut. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.

Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan yang memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang.

Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.

Gua Rantai

Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung.

Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri

Air terjun ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

Telaga Tujuh

Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.

Air Terjun Dua Gunung

Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

Trail

Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian dari Baha’s Camp seawal pagi setelah bermalam dan menikmati panorama matahari terbit dari puncak air Terjun Jelawang.
Trek adalah mengikut jalan balak tinggal seterusnya melalui denai-denai yang mencanak.
Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba di puncak G. Stong. Setongkol batu besar dengan pokok bonsai di atasnya menjadikan puncak ini unik. Dari istilah ‘stone’ disebut jadi bunyi ‘setong’ dalam dialek tempatan.

Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam yang dipanggil “Beta Balak” pada ketinggian 2652 kaki dari aras laut. Di sini jugalah punca air terakhir sebelum ke puncak G. Stong.
Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam kurang mencanak berbanding ke G. Stong. Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak G. Ayam.

Puncak G. Ayam ditanda dengan ‘plate’ dan terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10 kaki. Kira-kira sepelaung dari puncak ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya terdapat di sini. Pemandangan matahari terbenam cukup indah berlatarbelakangkan pokok-pokok bonsai di kawasan khemah.

Sumalian Trail

Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam adalah dengan mengikut lembah Semeliang (Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pendaki. Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya menyusuri anak-anak sungai atau longkang laluan air.

Terdapat beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah gua yang mempunyai fosil kayu balak yang sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat ‘Allah’  (Alif-Lam-Lam-Ha) berwarna hijau florencent secara semulajadi di dalam gua ini.

 

 
Selected static block was removed or unpublished

Pautan Agensi di Bawah Kementerian

KKDW
keda
kejora
kemas
ketengah
mara
perda
JAKOA
Risda
Felcra

Pautan Agensi Kerajaan

igfmas
ksn
mampu
mygov
sprm
 
   
 
  •  
  • KESEDAR Bawa ‘Nadi’ Peneroka Di Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW 2025
  • Kursus Smart Parenting, Tingkat Pengetahuan Dan Kemahiran Keibubapaan
  • Kursus Asas Pertahanan Awam Tahun 2025
  • Kejohanan Karom Beregu Piala Datuk Pengerusi KESEDAR Tahun 2025
  • Bengkel Pra Desa Lestari Zon Timur
  • Majlis Hari Raya Aidilfitri KESEDAR 2025
  • Kunjungan Hormat Pengurusan KESEDAR Ke Pejabat SUK Kelantan
  • Gotong-Royong Perdana Sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri KESEDAR 2025
  • Nikmat Sihat Itu Mahal
  • Majlis Hari Raya Aidilfitri RKT KESEDAR Chalil
 

Terma dan Syarat| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Penafian | SLA
Paparan Terbaik: Semua jenis penyemak imbas terkini dengan resolusi 1280 x 1024. Hak Cipta Terpelihara 2021 © Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)


Last Modified :

August 21, 2021
mvcvisit Visit Today : 685 mvcmonth This Month : 13130 mvctotal Total Visit : 77075