Lokasi Terletak kira-kira 27 km dari bandar Kuala Krai dan perjalanan dengan memandu kereta mengambil masa kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang (8) sebelum bertemu simpang tiga berdekatan dengan Kampung Laloh. Dari simpang tersebut, ke kiri adalah simpang masuk ke Lata Rek iaitu lebih kurang 3 km.
Tarikan Dan Aktiviti Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai. Menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi-manda, berehat dan sebagainya lagi. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana airnya yang cetek dan bersih, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.
Pengangkutan Awam Tiada perkhidmatan bas awam disediakan untuk ke Lata Rek namun perkhidmatan teksi mudah diperolehi di Bandar Kuala Krai dengan tambang RM30 sehala.