Bahagian E dikawal selia oleh TPB (Pembangunan) dengan disokong oleh 4 (empat) unit iaitu;
Bidang tugas unit-unit yang diwujudkan berperanan sebagai perancang, penyelaras dan pelaksana serta urusan pentadbiran dan kewangan untuk memacu dan melonjakkan Pembangunan Ekonomi di Wilayah Kelantan Selatan. Peranan, fungsi dan bidang tugas Bahagian mengikut unit adalah sebagaimana berikut :
Peranan, Fungsi dan Tugas Bahagian Mengikut Unit
Unit Pengupayaan Pelaburan | Unit Pengupayaan Keusahawanan | Unit Pengupayaan Pelancongan | Unit Pentadbiran dan Kewangan |
---|---|---|---|
Merancang,mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek-projek ekonomi berdaya maju. | Merancang, mengurus dan menyelaras Program Latihan/ Kursus dan pengembangan usahawan | Merancang, membangun dan menyelaras penyediaan infrastruktur pelancongan | Pengurusan Pejabat |
Merancang,mengurus dan menyelaras penjenamaan dan pemasaran produk komersil | Merancang, mengurus dan menyelaras penambahbaikan nilai produk dan perkhidmatan usahawan bagi melonjak pendapatan. | Merancang dan menyelaras pengupayaan Homestay | Pengurusan Kewangan |
Penyelarasan/pemantauan pengurusan dan perancangan perniagaan Anak- Anak Syarikat KESEDAR. | Merancang, mengurus dan menyelaras perluasan pemasaran dan promosi produk desa melalui karnival dan ekspo serta lain-lain outlet. | Merancang dan menyelaras pembangunan produk-produk pelancongan desa. | Latihan Kakitangan |
Kajian potensi bisnes berdaya maju | Pemantauan untung/rugi projek-projek usahawan desa. | Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan pelancongan | Kebajikan Kakitangan |
Merancang, mengurus dan menyelaras kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan anak-anak syarikat dalam projek ekonomi komersil. | Penyelarasan kutipan ABT Pinjaman Skim Pembiayaan Keusahawanan. | Perhubungan Awam | |
Mengurus Skim Pembiayaan Pinjaman Ekonomi Luar Bandar. |
Strategi yang mantap menjadi penggerak kepada pengurusan Bahagian E untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan. Strategi Bahagian E merangkumi Visi dan Misi yang jelas serta Objektif yang telah ditetapkan.
Sebagai Peneraju Aktiiti-Aktiviti Ekonomi Untuk Mentransformasikan Modal Insan Berpendapatan Tinggi dan Wilayah Kelantan Selatan yang Maju
Teras strategik adalah teras yang dirumuskan untuk memastikan Bahagian E melaksanakan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan Visi, Misi dan Objektif yang telah ditetapkan. Bahagian E mengenalpasti 2 (dua) teras strategik yang akan dilaksanakan bagi mencapai PPSE 2012. Teras strategik tersebut adalah seperti di Rajah 2.
Aktiviti-Aktiviti Bahagian E Mengikut Sektor | |
Sektor | Aktiviti |
PERTANIAN |
|
TERNAKAN |
|
PERKHIDMATAN |
|
INDUSTRI DESA |
|
ANAK SYARIKAT |
|