Sejak virus COVID-19 melanda negara dan menular sebagai wabak pandemik, masyarakat lebih banyak melakukan transaksi atas talian untuk membeli belah, urusan perbankan, pengurusan mesyuarat agensi, membayar bil utiliti, sesi pembelajaran dan pelbagai lagi.
Selain itu, masyarakat juga mula cenderung menggunakan e-wallet iaitu salah satu inisiatif pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas. E-wallet berfungsi seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Secara ringkasnya, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.
3 E-Dompet Paling Popular Di Malaysia
Dengan adanya pelbagai bantuan daripada pihak kejaraan seperti e-Tunai dan e-Penjana, maka semakin ramai Malaysia yang semakin celik tentang e-dompet ini dan mula memilikinya.
Boost
Disokong oleh Kumpulan Axiata
Merupakan perintis di dalam pasaran e-dompet di Malaysia
Diterima oleh peniaga UnionPay QR
Pelbagai program yang menawarkan Hadiah dan Cashback
GrabPay
Disokong oleh Grab
Memanfaatkan ekosistem Grab seperti GrabFood, GrabRide dan perkhidmatan lain yang berkaitan
Usahasama dengan Maybank untuk kegunaan pelbagai platform
Perolehi Mata Ganjaran GrabRewards untuk setiap transaksi
Touch ‘n Go E-Wallet
Disokong oleh Alipay dan Touch ‘n Go
Mempunyai jutaan pelanggan kad Touch ‘n Go sedia ada
PayDirect: hubungkan kad Touch ‘n Go dan bayar tol secara terus menggunakan baki e-dompet anda di lebuhraya terpilih
Jaminan wang dikembalikan: bayaran balik sepenuhnya dalam masa lima hari bekerja sekiranya e-dompet anda tersalah caj
Kelebihan Penggunaan Teknologi E-Dompet
Perbelanjaan Direkodkan Anda tidak perlu risau memikirkan ke mana duit dibelanjakan kerana dengan penggunaan aplikasi ini anda boleh menjejak sejarah perbelanjaan dan transaksi yang dilakukan oleh anda menerusi aplikasi e-dompet.
Menjimatkan Masa Beratur panjang di plaza tol dan kedai boleh dielakkan dengan penggunaan aplikasi e-dompet kerana anda boleh menambah nilai secara atas talian dan tidak perlu menunggu untuk menerima duit baki di kaunter tunai. Semuanya mudah dengan aplikasi digital ini.
Pelbagai Diskaun Kebanyakkan e-dompet menawarkan pelbagai bentuk diskaun dengan tawaran pulangan tunai dan baucer daripada pelbagai syarikat pedagang. Dengan ini, anda turut dapat menjimatkan wang anda.