Lokasi Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang, ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut, perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke tempat tersebut.
Pengangkutan Awam Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi. Perkhidmatan teksi dan teksi persendirian (teksi sapu)mudah didapati di stesen bas dan teksi Gua Musang.
Tarikan Gua Madu antara rangkaian gua batu kapur yang unik di Gua Musang. Mempunyai sumber sungai dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang masih hijau serta landskap perkampungan yang harmoni menarik penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Di dinding-dinding gua terdapat sarang-sarang lebah dan sempena dengan madu-madu yang terhasil, nama tempat ini sinonim dengan madu tersebut.