Agensi pembangunan wilayah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia. KESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta 203, Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978. Kawasan KESEDAR adalah meliputi keseluruhan Kelantan Selatan iaitu kawasan jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.
Apakah peranan dan bidang tugas KESEDAR?
Berdasarkan Seksyen 4(1) Akta 203, peranan dan bidang tugas KESEDAR adalah :
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam wilayah Kelantan Selatan
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam wilayah Kelantan Selatan
Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut dalam wilayah Kelantan Selatan.
Apakah program-program utama KESEDAR?
Ada 8 program utama yang dikenali sebagai Program Pembangunan KESEDAR. Program-program ini ialah :
Program Pembangunan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)
Program Pembangunan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT)
Program Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan
Program Pembangunan Manusia
Program Pembangunan Kampung Tradisional
Program Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan
Program Pembangunan Pelancongan
Program Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Siapakah mereka yang memimpin dan menguruskan KESEDAR?
Pengerusi KESEDAR : YB. Ustaz Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Pengurus Besar KESEDAR : YABrs Dr. Shahrir Bin Mohammad Zakey
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) :Pn. Hjh. Norlidasaidi Binti Awang Teh
Timbalan Pengurusan Besar (Pembangunan) : Hj. W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh
Apakah program-program KESEDAR ke arah membangun dan memajukan bidang keusahawanan di Kelantan Selatan?
KESEDAR amat komited untuk membangun dan memajukan bidang keusahawanan supaya ekonomi di kawasan Kelantan Selatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai memenuhi sasaran dalam merancakkan bidang ekonomi, beberapa program dilaksanakan antaranya :
Program Pendidikan Keusahawanan
Program Promosi Produk Keluaran Luar Bandar
Program Infra Industri
Program Bantuan Pembiayaan
Khidmat Nasihat dan Konsultansi
Bilakah tawaran mengenai kursus-kursus usahawan luar bandar anjuran KPLB diiklankan kepada orang ramai?
Pada kebiasaannya Jadual Kursus tahunan akan diiklankan setiap bulan Februari tahun tersebut. Sila layari laman web KPLB di http://www.rurallink.gov.my untuk mengetahui kursus yang ditawarkan ini.
Dimanakah saya boleh memperolehi tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak KESEDAR?
Kesemua tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak KESEDAR boleh dirujuk dan dimuat turun daripada Laman Web Rasmi KESEDAR pada laman Tender & Sebutharga.Ianya juga turut dipaparkan pada ruang Tender Dan Iklan di Laman Utama.
Apakah Aktiviti utama KESEDAR Holding Sdn.Bhd?
Aktiviti utamanya adalah berkaitan perhotelan dan restoran disamping berfungsi sebagai tempat latihan/kursus KESEDAR dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.
Berapakah bilangan Anak Syarikat KESEDAR?
Bilangan kesemua Anak Syarikat KESEDAR adalah empat iaitu :
KESEDAR Holding Sdn.Bhd
KESEDAR Perkilangan Sdn.Bhd
KESEDAR Dagang Sdn.Bhd
KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn Bhd
Tidak dapat menemukan jawapan?Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepadaEn. Amran bin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat)
Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR,
Bandar Baru Gua Musang,
18300 Gua Musang,
Kelantan Darul Naim MalaysiaTel. : 609-9132200Fax : 609-9121211