Majlis Penghargaan Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KESEDAR 2024

Seramai 39 warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam majlis yang berlangsung di Hotel H Elite Kota Bharu, Isnin lalu.

Majlis ini turut meraikan enam pesara KESEDAR sebagai tanda penghargaan sepanjang menabur bakti dan keringat di jabatan.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi Othman.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi KESEDAR, YBrs Encik Mohamad Zamakh Sari Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Tahniah kepada semua penerima APC 2024!