Executive Talk Pengurus Besar KESEDAR Bersama Penjawat Baharu 2025

Satu sesi Executive Talk telah diadakan melibatkan Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh bersama penjawat baharu bagi tahun 2025.

Sesi ini bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan penting berkaitan amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas oleh semua penjawat baharu dalam organisasi.

Dalam sesi ini, Tuan Haji W Muhd Rahimi menekankan kepentingan menjaga disiplin, mematuhi peraturan serta pekeliling yang dikuatkuasakan di KESEDAR.

Beliau turut menasihatkan penjawat baharu agar berhati-hati dalam menguruskan kewangan peribadi dan mengelakkan pinjaman tidak perlu yang boleh membawa kepada masalah kewangan serius di masa depan.

Selain itu, penjawat baharu juga diingatkan untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan rakan sekerja serta tidak berhenti meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri demi kecemerlangan peribadi dan organisasi.

Selamat Datang diucapkan kepada 35 Penjawat Baharu KESEDAR. Bekerjalah dengan ikhlas, penuh integriti dan niatkan setiap usaha sebagai ibadah.