Kursus ICT (WPS Office Siri 1) Tingkatkan Kemahiran Produktiviti di KESEDAR!
Seramai 30 orang peserta telah menyertai Kursus ICt (WPS Office Siri 1) yang berlangsung pada 11 hingga 12 Ogos 2025 (Isnin & Selasa) di Makmal Komputer, Ibu Pejabat KESEDAR.
Kursus anjuran Bahagian Teknologi Maklumat ini memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta mengenai penggunaan WPS Office, perisian pejabat yang merangkumi tiga komponen utama – Writer (pemproses kata), Spreadsheets (lembaran kerja), dan Presentation (pembentangan).
Peserta didedahkan dengan teknik penggunaan efektif WPS Office bagi meningkatkan produktiviti kerja, memanfaatkan fungsi-fungsi yang tersedia dengan lebih berkesan.
Objektif kursus ini turut memberi keyakinan kepada peserta dalam menyelesaikan tugasan pejabat secara lebih efisien, sekaligus menyokong kelancaran urusan kerja seharian di KESEDAR.