Majlis Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bagi Bulan Ogos 2025

Warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) diingatkan agar menghayati nilai perjuangan dan semangat perpaduan demi mengekalkan keharmonian diantara satu sama lain. Ia bagi menghidupkan suasana Bulan Kebangsaan sebagai manifestasi dan kecintaan kepada Negara. YBrs. Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh berkata, bersesuaian dengan tema pada tahun ini “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni” yang menekankan kepentingan kesejahteraan rakyat, nilai kemanusiaan, dan keharmonian sosial, selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang mengutamakan pembangunan seimbang dari segi fizikal dan rohani. Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan yang berlangsung di Dewan Dato’ Haji Ariffin Said.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan sajak dan lakonan sebagai gimik pelancaran penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengurus Besar KESEDAR oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia. Pengurus Besar juga telah membuat penyerahan jalur gemilang kepada semua Pengurus Bahagian, Wilayah, Ketua Unit serta Pengurus Anak Syarikat.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh.