Program Latihan Membina Sikap Bulan Mei Tahun 2025

Warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menjayakan Program Latihan Membina Sikap (LMS) Bulan Mei Tahun 2025.

Program yang diadakan di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR itu diisi dengan aktiviti senam robik dan berjalan 1,000 langkah di sekitar kawasan pejabat.

Ia adalah aktiviti bulanan bagi memastikan warga KESEDAR sentiasa cergas dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam.