Program Latihan Membina Sikap (LMS) Bulan Ogos 2025

Warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menyertai Program Latihan Membina Sikap yang berlangsung di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR pada hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi binti Awang Teh. Beliau turut menekankan soal penjagaan kesihatan di kalangan kakitangan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersenam.

Program LMS disertakan dengan aktiviti senam robik dan gotong-royong di kawasan sekitar pejabat masing-masing.