Majlis Perhimpunan Bulanan KESEDAR bagi bulan Jun 2025 telah diadakan di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, semalam.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan Ceramah Integriti KESEDAR oleh Ustaz Syakirin Yuslan.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W. Muhd Rahimi Wan Salleh.
Majlis perhimpunan kali ini dimeriahkan dengan persembahan sketsa daripada penjawat baharu tahun 2025 yang menyuntik elemen hiburan serta membina semangat kebersamaan.
Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Bulanan bagi bulan Januari hingga April 2025 sebagai penghargaan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Selain itu, hadiah bagi pemenang Karnival Sukan KESEDAR 2025 turut disampaikan bagi meraikan kejayaan warga kerja dalam bidang sukan bagi mendepani Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XV Tahun 2025 yang bakal diadakan pada bulan depan.