Facebook Instagram
ms_MY Bahasa Melayu
ms_MY Bahasa Melayu en_US English
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
  • RAKYAT
    • Perkhidmatan
      • Statistik Aplikasi Dalam Talian
      • E-Perjawatan
    • Iklan
      • Jawatan Kosong
      • Tender & Sebutharga
      • Keputusan tender & Serbutharga
        • Keputusan Tender
        • Keputusan Sebutharga
      • Tawaran Pajakan
      • Senarai Undian Sebutharga
      • Polisi Kerajaan
    • E-Komuniti
      • Borang Kaji Selidik
    • Program Pembangunan Semasa
      • Prasarana Luar Bandar
      • Pembangunan Belia Luar Bandar
      • Ekonomi
      • Modal Insan
    • Perundangan
      • Akta
    • Galeri
      • Foto
      • Audio
      • Video
    • Berita Dan Peristiwa
      • Berita & Peristiwa
      • Pengumuman
      • Kenyataan Media
      • Keratan Akhbar
    • Arkib
    • Pelan 2030
    • Hubungi
      • Direktori Kakitangan
      • Jadual Waktu Kaunter
  • USAHAWAN
    • Iklan
      • Tender & Sebutharga
      • Keputusan tender & Serbutharga
        • Keputusan Tender
        • Keputusan Sebutharga
      • Tawaran Pajakan
    • Muat Turun Borang
    • Skim Pinjaman
    • Perundangan
      • Akta
    • FORUM
    • Program Pembangunan Semasa
      • Prasarana Luar Bandar
      • Pembangunan Belia Luar Bandar
      • Ekonomi
      • Modal Insan
    • Usahawan KESEDAR
      • Usahawan Wilayah Gua Musang
      • Usahawan Wilayah Kuala Krai
      • Usahawan Wilayah Jeli
    • Wilayah
      • Kuala Krai
      • Jeli
      • Gua Musang
    • Anak Syarikat Kesedar
      • KESEDAR Perkilangan Sdn.Bhd
      • KESEDAR Dagang Sdn.Bhd
      • KESEDAR HOLDING Sdn.Bhd
      • KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn.Bhd
    • Penerbitan
      • I-BULETIN
      • Pelan 2030
      • Dasar Keselamatan ICT
  • WARGA KESEDAR
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Lembaga Pengarah KESEDAR
      • Tonggak Pengurusan
      • Profil Tonggak Pengurusan
        • Pengurus Besar
        • Timbalan Pengurus Besar (O)
        • Timbalan Pengurus Besar (D)
      • Direktori Kakitangan
    • MBJ KESEDAR
    • AJK Persatuan Wanita KESEDAR
    • AJK Kelab Keluarga KESEDAR
    • Webmel
    • Intranet
      • Sistem
      • Pekeliling
    • KESEDAR Online
    • SPP II
    • HRMIS
    • Bahagian
      • Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
      • Perancangan Strategik
      • Teknologi Maklumat
      • Kewangan
      • Pembanguan Masyarakat
      • Pembangunan Pertanian
      • Ekonomi & Pelaburan
      • Unit Undang-Undang
      • Unit Komunikasi Korporat
      • Pemantauan & Penyelarasan
      • Unit Audit Dalaman
      • Unit Integriti
    • Galeri
      • Foto
      • Video
      • Audio
    • Muat Turun Borang
    • I-BULETIN
    • Dasar Keselamatan ICT
    • Undang-Undang Kecil Koperasi
  • INFO KESEDAR
    • Profil KESEDAR
      • Latar Belakang
      • Logo
      • Misi & Visi
      • Lagu
      • Fungsi
      • Perjawatan
      • Teras Utama
      • Bidang Tugas
      • Kod Etika
      • Dasar Kualiti
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Wilayah
      • Gua Musang
      • Kuala Krai
      • Jeli
    • Sumber
      • Akta
      • Pekeliling
    • Penginapan
      • KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn.Bhd.
    • Pelancongan Kelantan Selatan
      • Gua Ikan
      • Gus Madu
      • Gunung Stong
      • Kuala Koh
      • Lata Rek
      • Lata Kertas
      • Sungai Mering
      • Sengai Nenggiri
      • Taman Etnobotani
      • Tasik Ketitir
      • Tokong Mek
    • Penerbitan
      • I-Buletin
      • Pelan 2030
      • Dasar Keselamatan ICT
    • Hubungi
      • Direktori Kakitangan
      • Jadual Waktu Kaunter
    • Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
Return to previous page
Home Warga Kesedar

MBJ Kesedar

MBJ Kesedar
AJK MBJ
MBJ Kesedar

Keahlian

Keseluruhannya terdiri daripada tujuh belas (17) orang ahli. Enam (6) orang ahli Pihak Pegawai dan sebelas (11) orang ahli Pihak Pekerja.

Pihak Pegawai
  1. Pengurus Besar – Pengerusi
  2. Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) – Ahli
  3. Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)- Ahli
  4. Pengurus Bahagian Korporat Dan Sumber Manusia- Ahli
  5. Pengurus Bahagian Kewangan- Ahli
  6. Penolong Pengurus Bah. Korporat Dan Sumber Manusia (Perjawatan)- Setiausaha
Pihak Pekerja

Terdiri daripada pekerja-pekerja Gred N41 dan ke bawah dan dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di KESEDAR. Wakil bagi Pihak Pekerja adalah terdiri daripada:-

  1. Wakil Gred N41
  2. Wakil Gred J36
  3. Wakil Gred G36
  4. Wakil Gred G17
  5. Wakil Gred N22
  6. Wakil Gred S22
  7. Wakil Gred N17
  8. Wakil Gred S17
  9. Wakil Gred G17
  10. Wakil Gred R6
  11. Wakil Gred N1

Mesyuarat MBJ

MESYUARAT-MESYUARAT
  1. Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah diadakan tiga (3) bulan sekali iaitu empat (4) kali setahun. Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada empat (4) orang ahli Pihak Pegawai dan empat belas (14) orang ahli Pihak Pekerja.
  2. Jika sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat yang telah dijadualkan maka ahli Pihak Pegawai yang terkanan boleh menjadi Pengerusi ganti. Naib Pengerusi MBJ, iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan Mesyuarat MBJ dalam apa keadaan sekalipun.
  3. Perkara/isu bagi Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.
  4. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi apabila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan.
KEPUTUSAN
  1. Segala keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan (konsensus) di antara kedua-dua pihak.
  2. Keputusan yang diambil bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) jika tidak ada hubungan/ kaitan dengan jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertentangan dengan dasar Kerajaan. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan jabatan-jabatan lain, hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun jabatan-jabatan yang berkenaan.
PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN
  1. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.

Perlembagaan MBJ

PERLEMBAGAAN MBJ KESEDAR

KEAHLIAN
  1. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan  (KESEDAR), (selepas ini disebut sebagai ‘Majlis’) hendaklah mengandungi empat belas (14) orang ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha yang terdiri daripada lima (5) orang ahli yang dilantik oleh Pengurus Besar (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pegawai’) dan sembilan (9) orang ahli yang dipilih oleh pekerja–pekerja yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pekerja’).
  2. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) seperti berikut:
    Pegawai Keahlian
    1. Pengurus Besar-Pengerusi
    2. Timbalan Pengurus Besar-Ahli
    3. Pengurus Bahagian Korporat Dan Sumber Manusia-Ahli
    4. Pengurus Kewangan-Ahli
    5. Penolong Pengurus Bahagian Korporat Dan Sumber Manusia (Perjawatan)-Setiausaha

    Mereka ini akan dilantik atas nama jawatan masing-masing.
PIHAK PEKERJA
  1. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja Gred 48 dan ke bawah, bukan Ketua Bahagian di KKLW dan dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di KKLW. Pemilihan Pengerusi, Setiausaha dan Ahli-ahli MBJ Pihak Pekerja dibuat di kalangan ahli-ahli pekerja dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh pihak pekerja sendiri tanpa campur tangan dari pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama.
  2. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu atau pekerja-pekerja itu sendiri.
  3. Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.
PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS
  1. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.
  2.  
TUJUAN

Tujuan Majlis adalah:-

    1. untuk memperolehi seluas-luas kerjasama di antara Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji di dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan;
    2. Untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja; dan
    3. Untuk mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
BIDANG DAN FUNGSI
  1. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:-
    1. membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;
    2. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
    3. menggalakkan penyertaan kakitangan dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai bahagian/ unit; dan
    4. menyediakan ruang bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

AJK MBJ

AHLI JAWATANKUASA ( AJK )
MAJLIS BERSAMA JABATAN ( MBJ ) KESEDAR

jAWATAN

NAMA

Pengerusi

YABrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey

Ahli

Tn. Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh

Timb. Pengurus Besar (Pembangunan)

Naib Pengerusi

En. Wan Ahmad Faiz bin Wan Ab’llah Zawawi

Pengurusan Dan Profesional

Ahli

Pn. Yunaiha binti Ismail

Bhg. Pentadbiran & Sumber Manusia

Ahli

En. Marzewan bin Mohamed

Bhg. Kewangan

Ahli

Pn. Rushwahanis binti Ramli

Bhg. Pentadbiran & Sumber Manusia

Ahli

Pn. Saruni binti Aziz

Bhg. Pembangunan Pertanian

Ahli

Tn. Haji Aminuddin bin Ab Rahman

Bhg. Pentadbiran & Sumber Manusia

Ahli

En. Ahmad Faris bin Ab Kadir

Bhg. Hartanah

Ahli

En. Muhamad Fadir bin Ibrahim

Bhg. Pemantauan & Penyelarasan

Ahli

En. Mohd Nor Hanif bin Yaacob

Bhg. Kewangan

Ahli

En.Aminuddin bin Mohd Daud

Bhg. Pembangunan Pertanian

Ahli

En. Rosnun bin Ibrahim

Bhg. Pembangunan Pertanian

Ahli

Pn. Rohani binti Mohd Zain

Bhg. Perancangan & Penilaian

Ahli

En. Hafizudin bin Ismail

Bhg. Pentadbiran & Sumber Manusia

Ahli

En. Mohd Fazerul Hisham bin Anuar

Ahli

En. Rozaidi Azrie bin Arifin

Bhg. Pembangunan Pertanian

Ahli

En. Zulkefli bin Muhamad

Pej. Operasi Jeram Tekoh

Ahli

En. Ahmad farhan bin Hanafi

Bhg. Teknologi Maklumat

Ahli

Pn. Norshasharina binti Sharif

Bhg. Pembangunan Pertanian

Ahli

En. Mohd Hamim bin Mohamad Nawi

Pej. Operasi Lebir

Ahli

Tuan Mohd Ruzi bin Tuan Ab Rahman

Pej.Operasi Paloh 2

 

Pautan Agensi di Bawah Kementerian

keda
kejora
kemas
ketengah
kplb
mara
perda
JAKOA
Logo
Felcra

Pautan Agensi Kerajaan

igfmas
ksn
mampu
mygov
sprm

Terma dan Syarat| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Penafian | SLA
Paparan Terbaik: Semua jenis penyemak imbas terkini dengan resolusi 1280 x 1024. Hak Cipta Terpelihara 2021 © Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)


Akhir Kemaskini :

Ogos 21, 2021
Lawati Hari Ini: 288 Bulan ini : 3930 Jumlah Lawatan: 78993