Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong agenda Malaysia MADANI apabila menganjurkan Program Madani KESEDAR peringkat Wilayah Jeli-Tanah Merah yang berlangsung di Kolej Komuniti Jeli pada 15 Ogos 2025 yang bertujuan untuk memberi ruang kepada masyarakat setempat bagi memahami dan menghayati secara lebih dekat nilai-nilai MADANI disamping menjadi wadah untuk merapatkan hubungan antara KESEDAR dengan masyarakat melalui aktiviti yang dijalankan.
Program ini berjaya menarik lebih 3000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu masyarakat kepada Program Madani KESEDAR. Antara pengisian program termasuklah pameran oleh agensi, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma manakala pada sebelah malam persembahan kebudayaan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Fadil Turbo.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Haji Mohd Adhan bin Kechik, Pengerusi Kerajaan Perpaduan Parlimen Jeli. Turut hadir memeriahkan program ini ialah YBrs. Encik Mohd Ramadhan Bin Sulaiman, Pengurus Bahagian Ekonomi Dan Pelaburan, YBrs. Puan Nor Wahida Binti Patuan, Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Jeli, YBrs. Encik Mohd Saifullah Bin Mohd Daud, Pengarah Kolej Komuniti Jeli, YBrs. Puan Maskhariah Binti Samsudin, Pengurus Kesedar Wilayah Jeli-Tanah Merah, Ketua-ketua agensi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Jeli.