12 Februari 2026 – Seramai 50 pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Wilayah Jeli/Tanah Merah, Pejabat Wilayah Kuala Krai, Pejabat Wilayah Gua Musang, Bahagian Pembangunan Pertanian serta pejabat operasi telah menyertai Bengkel Penyelarasan Data dan Hala Tuju Usahawan di bawah Bimbingan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari 2026 di Tok Aman Bali.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) En. Mohd Fadhly Ab Manaf yang menegaskan bahawa penyelarasan data usahawan bukan sekadar proses pengemaskinian maklumat, malah merupakan asas penting dalam memastikan setiap bentuk bantuan, intervensi dan program pembangunan yang dirancang benar-benar menepati sasaran. Beliau menekankan bahawa data yang tepat dan berintegriti akan membantu pihak pengurusan membuat keputusan secara lebih strategik, telus dan berimpak tinggi. Beliau turut mengingatkan agar semua pegawai memainkan peranan secara proaktif dalam memastikan maklumat usahawan sentiasa dikemas kini dan diselaras mengikut keperluan semasa. “Data yang baik melahirkan perancangan yang tepat, dan perancangan yang tepat akan menghasilkan kejayaan usahawan yang mampan,” ujar beliau.
Program ini bertujuan memastikan penyelarasan data usahawan dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu agar maklumat yang dikumpul adalah tepat, terkini dan boleh diguna pakai bagi merancang pembangunan usahawan secara lebih terarah dan berimpak tinggi. Sepanjang bengkel, semua data usahawan di bawah bimbingan KESEDAR telah disemak, diselaraskan serta dikemas kini bagi memudahkan perancangan hala tuju, pelaksanaan intervensi, penyediaan bantuan serta pemantauan program pada masa hadapan.
Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform penting untuk memperincikan peranan pegawai dan urus setia dalam memperkasa ekosistem keusahawanan wilayah. Perbincangan strategik yang diadakan memberi fokus kepada pemahaman keperluan semasa usahawan, cabaran di lapangan serta penetapan tindakan susulan yang lebih tersusun dan efektif.
Penganjuran bengkel ini membuktikan komitmen KESEDAR dalam memperkukuh tadbir urus data dan merangka hala tuju pembangunan usahawan yang lebih mampan, selaras dengan aspirasi memperkasa ekonomi komuniti luar bandar secara berterusan dan inklusif.

KESEDAR Perkukuh Perancangan Strategik 2026" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/02/bengkel-hala-tuju-usahawan-80.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/02/bengkel-hala-tuju-usahawan-80-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-11768" />