Visi
“Menjadikan RKT KESEDAR sebagai Rancangan Tanah yang dibanggakan lengkap dan berkualiti serta mewujudkan masyarakat peneroka yang mengutamakan kecemerlangan, bergerak seiring dengan pembangunan teknologi, ekonomi yang mampan, berdaya maju, bertaqwa, sejahtera dan berwibawa.”
Misi
- Membangunkan semula kebun-kebun peneroka dengan menggunakan baka tanaman terpilih dan teknologi terkini.
- Membantu peneroka meningkatkan keuntungan daripada penggunaan tanah dengan aktiviti pelbagai pertanian.
- Melahirkan masyarakat peneroka yang berhemat selaras dengan Wawasan 2020.
- Mendidik dan menggalakkan peneroka menggunakan teknologi terkini sedaya mampu dalam membangunkan bidang pertanian di peringkat huluan dan hiliran serta mencipta teknologi sendiri.
- Membentuk masyarakat peneroka yang progresif dan cemerlang melalui aktiviti pendidikan dan pembangunan institusi.
- Memastikan RKT-RKT mempunyai kemudahan, peneroka yang sempurna dan terurus.
Objektif
- Melahirkan individu yang kukuh syariat, teguh akidah dan berakhlak mulia.
- Mewujudkan masyarakat bersatu padu berketerampilan dan cemerlang melalui peningkatan ilmu yang berterusan, berkemahiran dan responsif.
- Membentuk institusi keluarga dan desa yang kukuh dan functional dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat yang beretika/bermoral.
- Memupuk semangat kearah cintakan negara dan menghargai usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.
- Mengubah minda dan sikap penduduk kearah memiliki sifat-sifat kefahaman diri yang tinggi dan berdikari.
- Berusaha meminimakan bilangan penduduk termiskin.
- Berusaha kearah mengurangkan jurang digital diantara penduduk desa dan bandar.
Aktiviti
- Pertanian
Merancang, membangun dan melaksanakan perladangan/tanam semula, ladang peneroka, ladang tanpa peneroka dan pembangunan kebun peneroka. - Infra
Merancang, membangun dan melaksanakan projek-projek pembangunan infra. - Belanjawan
Merancang, mengenalpasti dan memohon peruntukan untuk program-program pembangunan infra Bahagian Pembangunan Pertanian. - Sosial Dan Hal Ehwal Peneroka
Merancang, mengurus dan melaksanakan urusan penempatan peneroka, tatatertib peneroka, kursus latihan, lawatan sambil belajar, sukan dan budaya, program keagamaan, belia, wanita dan sebagainya. - Ekonomi Dan Institusimu
Merancang, mengurus dan melaksanakan urusan program ekonomi peneroka, pinjaman-pinjaman, tabung ekonomi peneroka (TEKP), ekonomi sampingan (ES), industri luar Bandar (ILB), Gerakan Desa Wawasan (GDW), Tabung Ekonomi Peneroka (TEKP), persatuan, pelancungan, pengembangan, promosi/pemasaran hasil tani, perniagaan tani, ekonomi sampingan dan sebagainya. - Akaun Peneroka
Merancang, mengurus dan mengemaskini hutang-hutang peneroka, menghantar maklumat-maklumat hutang setiap 4 bulan, memastikan anuiti hutang pinjaman kerajaan persekutuan dibayar. Memastikan dan merekod sewa rumah/tanah haram KESEDAR dibawah RKT. - Pentadbiran dan Kewangan
Memastikan sumber manusia Bahagian berilmu dan cekap dalam melaksanakan :-- Pentadbiran Bahagian Pembangunan Pertanian.
- Pentadbiran Pejabat-Pejabat Operasi.
- Memastikan urusan-urusan pembayaran kontrak, sebutharga, elaun-elaun dan sebagainya dibayar mengikut peraturan.
- Memastikan latihan-latihan kepada penjawat-penjawat Bahagian dan Pejabat Operasi kerap diadakan.